CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 6, 2009

What do you see? What do you learn?

It's been a while since the last time I've updated my blog with a meaningful entry to share with others despite the theme of this blog, 'Sharing is Caring'. So now I'll share something simple with you guys, insyaAllah something meaningful, something to make we think. They say a picture mean a thousand words, so here you go!

Street Life

I leave it to the readers to interpret the meaning behind this simple shot, it's up to you on what you can see and learn from this photo, even better if you can share it with the others in the Extra Sharing (comments) section at the end of this entry. I believe my friends who have started the clinical years and meet lots of patients everyday in the wards can understand better. If you need some hints, just click the photo and read the description, but i don't think you would need one.

I'll end this shot entry with this:
'And remember! Your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."' (Surah Ibraheem: 7)

Thank you for reading, may you have a blissful weekend.

p/s: Please pray for my success in my first clinical exam tomorrow, wishing all the best to all my Internal Medicine colleagues for tomorrow!

Friday, October 23, 2009

Iklan Gadgets for Sale!!!

Buat semua member2 yang sudi baca blog aku, sori lama x update, terlalu sibuk dgn sambutan pelajar baru di Alexandria, kemudian terus sibuk dengan Tahun 4 yg sgt challenging dan tiring. Kat sini aku cuma nak tolong wat iklan untuk member aku, Farid Nazmi, student medic Cairo. Dia ada barang2 nak jual, so kalau ada yang berminat, leh roger dia. Here's the list:


Nikon DSLR D80 Body
Price: 500 USD
Condition: 8/10
Age: 1 Year
Comment: Box n accessories included. Warranty nil. Free SD card 8 gig

Nikon Speed Light SB800
Price: 300 USD
Age: 1 Year
Condition: 9/10
Comment: Box included, no extra battery pack

Lens Nikkor AF-S 18-70 f3-4.5
Price:200 USD
Age: 1 Year
Condition: 9/10
Comment: With pouch, no box, no warranty

Lens Nikkor AF-S 70-300 f4.5-5.6 VR
Price: 400 USD
Age: 1 year
Condition:10/10 recently refurbished
Comment: Box and all accessories included, warranty nil

Lens Nikkor AF 50mm f1.8D
Price: 120 USD
Age: 8 month
Condition: 10/10
Comment: No Box, no pouch, warranty still valid

Bagman L-Size(So large you can put in all accessories mentioned above)
Condition 10/10
Age: 4 month
Price: 50 USD

Phottix MB D80 battery Grip
Condition:10/10
Age:5 month
Comment: Free One Phottix battery

Buy complete set and you will get a blower and lens cleaning kit.

Reason of selling: Jumping ship a.k.a. retiring.

Please call +20118732001-Farid Nazmi

Prefer Cash On Delivery in Cairo. I only accept USD.

Kalau ada apa2 nak tanya, leh tinggal kat ruang komen, nnt aku cuba jawab iAllah.

Sunday, October 4, 2009

Satu Cerita - Cakap jgn dok main lepaih ja!

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam 1Muslimin buat semua (tak mau pakai 1Malaysia sbb Prof2 dari UM dan UiTM pun x paham ttgnya dan tidak menyokong dasar tersebut, apatah lg aku!)

Ouh, sungguh lama tak update blog yg satu ini, takat dok update Flickr ja! Semenjak Ramadhan lagi, post sempena Raya pun xdak, orang lain pakat ada perutusan Aidilfitri belaka, aku ja xdak. Maklumlah, sibuk dgn Ramadhan, Raya, cari rumah utk juniors baru dan Program Sambutan Mahasiswa Baru (rungut diriku yang bajet sibuk). Tapi sbb masih dlm bulan Syawal, aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua sahabat pembaca yg dirahmati Allah, kullu sanah antum bikhair, jgn lupa puasa 6 yer, dapat pahala puasa setaun woo!

Baik, post ni bukan nak sembang bab raya, tapi nak cerita beberapa kisah yg dialami aku sendiri atau oleh rakan2 yang lain masa pi buat Umrah dulu. Ustaz2 dgn orang tua2 dok pesan, bila pi Tanah Haram, mulut kna jaga, silap cakap, kita yg kna, mmg betul pun, jadi inilah beberapa kisah itu:

Kisah Selipar

1) AJ keluar daripada Masjidil Haram tanpa selipar, maka beliau mengambil salah satu drpd selipar2 yg ditinggalkan di luar pintu Masjid(selipar2 ni kna tolak oleh tukang sapu sbb x bw masuk dlm) utk dipinjam buat sementara waktu sebelum membeli selipar baru. Maka dialog berikut berlaku di luar Masjid:
MN: (Sambil melihat ke kaki AJ) Woi AJ! ko sedekah kat saper selipar ko?! wakakaka!
AJ: ...(diam kesedihan)

Selang beberapa hari selipar MN plak hilang, maka beliau terpaksa menghabiskan 40 riyal utk beli selipar baru.

2) Aku bertemu dgn SM yang kehilangan selipar beliau. "Mana selipar ko SM? hilang ker?keh3."
Selang beberapa hari selipar aku turut hilang, abis 20 riyal beli selipar baru, padan muka diri sendiri.

3) AJ telah membeli selipar baru yg unik designnya. AB ternampak selipar itu dan ckp, "Lawa selipar ko AJ, hehehe." Aku pun gelak sama terkekeh-kekeh, masa ni selipar aku belum hilang lg, maka aku juga menerima kesannya. X lama lepas tu, AB turut kehilangan selipar beliau, lps beli selipar baru, hilang lagi, isk3, mmg kesian, ujian Allah beb!

Kisah Jubah

Nasib AJ kurang baik, maka pada suatu ketika poket jubah beliau terkoyak, beliau kemudian menjahit poket beliau dgn jahitan yg agak kurang kemas, sbb nk cepat kot. MS terlihat jahitan tersebut dan mempersoalkan kaedah jahitan AJ sambil gelak kaw2 punya! Sahabat2 lain turut gelak bersama di hotel. Esok lusa, masa nk keluar dr Masjidil Haram, jubah MS pulak terkoyak!

Kisah Bob Kuman (Pelakon komedi Malaysia yg mg feymes)

Sambil berjalan2 di sekitar Masjid Nabawi dgn rakan2 yg lain, AJ meluahkan rasa hatinya, "Ni kalau boleh jumpa Bob Kuman best ni! Boleh aku nak main2 dengan perut dia, hahaha!" Selang beberapa minit Bob Kuman betul2 lalu depan beliau dan rakan2 yg lain, habis tergamam diam seribu bahasa mereka semua, takjub dan takut! Rupanya mmg Bob Kuman dtg buat umrah sama tarikh dgn kami! By the way, Bob Kuman mmg baek dan peramah, ada beberapa sahabat sempat bersembang dan bergambar dgn beliau, aku x sempat, huhu.

Kisah Lauk Makan

Sepanjang di Madinah, kami mengambil katering Restoran Indonesia utk menyediakan makanan2 kami. Pada suatu hari, sambil makan2, aku berbicara, "Ni kalau ada seafood, mesti best!" Esoknya, makan tengahari dan malam ada lauk sotong dan lauk sayur yg ada udang. MasyaAllah wa Alhamdulillah Ya Rabb!

Kisah Tunggu Orang

Kami dah naik bas pagi itu untuk pergi Jaulah Madinah, tiba2 HM masih belum pulang dari Masjid, mungkin beliau terlupa, tunggu punya tunggu, akhirnya kami terpaksa decide utk meninggalkan beliau. Aku pun saja2 berkata, "Aku ingat, elok kita nk bertolak jer kejap lagi, HM sampai la kot." Sekali mmg masa bas betul2 nk gerak, dh tutup pintu, dari jauh nampak HM br pulang dr Masjid, Alhamdulillah beliau x sempat ditinggalkan keseorangan di hotel.

Begitulah serba sikit kisah2 yang dapat aku kongsikan. Kisah2 di atas diolah oleh aku sendiri dari kisah asal yang benar2 berlaku, maka dialog2 tu mungkin lari sikit la drpd dialog asal, nama2 yang digunakan juga semuanya adalah samaran supaya x menyinggung perasaan sahabat2 aku yg berkenaan (walaupun aku yakin mereka takkan tersinggung sebab semuanya cool dan baek2 aja). Bukan nak kata semua mulut mustajab, semua yang berlaku tu pun sebenarnya dah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Cumanya, sebagai pengajaran, kat mana jua kita berada, tetap kena jaga mulut dari cakap benda2 yang tak baik, apatah lagi mengumpat dan mengutuk yg amat dikeji oleh Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad s.a.w. serta perkara sia2, bahkan diam itu adalah lebih baik. Semoga lidah kita sama2 dipelihara drpd pengaruh hawa nafsu dan syaitan serta sentiasa dirahmati dgn hidayah dari Tuhan Yg Esa.

Good luck and all the best buat semua rakan2 Universiti Iskandariah yang akan memulakan sesi pengajian 10/10 ni, Rabbuna yusahhil wa yunajjih lana insyaAllah! InsyaAllah kullu kheir wa mumtaz! Syedduu hilkum!

Wallahu'alam.

Wednesday, September 2, 2009

Antara Dua, Kau Pilih Mana Satu???

Hari ini sudah 12 Ramadhan 1430 H, roughly we could say that we already passed one third of Ramadhan, maka ini adalah masa yang amat baik untuk kita melakukan refleksi atau muhasabah diri untuk prepare nk lalui 2/3 Ramadhan yang tinggal dengan lebih bergaya dan berjaya, yeah!

Tanpa menulis dengan lebih panjang, ni aku nak share satu hadith Rasulullah s.a.w. yang amat relevan dengan Ramadhan yang maksudnya begini:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Secara kesimpulan, kita ada dua pilihan untuk mengakhiri bulan Ramadhan Mubarak ini, sama ada nak mengakhirinya dengan cemerlang iaitu memperoleh keampunan daripada Allah S.W.T. atau nak mengakhirinya dengan total failure iaitu tidak mendapat keampunanNya. So sekarang, rasa2 setakat 1/3 Ramadhan yang dh habis ni, kita ni tergolong dalam golongan yang berjaya mendapat keampunanNya atau golongan yang celaka? Wana'uzubillahi min zalik.

Ayuh lakukan pilihan yang betul sementara Ramadhan belum habis lagi ni, moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya dan beruntung dan dijauhkan sejauh-jauhnya daripada golongan yang didoakan kecelakaannya oleh Jibril a.s. dan diaminkan oleh Rasulullah s.a.w. Ameen ya Rabb!

Wallahu'alam.

Friday, August 28, 2009

Kisah Aku di Sana



Bismillahirrahmanirrahim, jari jemari ini cuba kembali menaip selepas sebulan tak kemaskini blog ni. Mungkin ada yang ingat aku tak update sbb sibuk Umrah, well, that would be the case when I was there, tapi after dah balik pun, xtau la kenapa masih belum ber-update. Well, putting that aside, it's been about a week since I returned from Umrah last Thursday. Alhamdulillah, perjalanan ke sana merupakan satu perjalanan yang tak mungkin dapat aku lupakan. Pengalaman yang cukup manis dan bermakna. Ok, kali ni iAllah aku nak menulis tentang apa yang aku dapat kat sana. Pengajaran2 yang aku perolehi, mana tau leh kongsi dengan kawan2 yg sudi baca entry ni. Here we go:

  1. Bilamana jiwa dan minda difokuskan untuk beribadah padaNya sebaiknya, hawa nafsu itu dapat ditumpaskan, nikmat iman dan ibadah dapat dirasai mengalir dalam diri. Masa tu dh xder masalah nak bangun Qiam, xder nak masalah nk jalan jauh ke Masjid walaupun matahari terik dgn suhu panas hingga mencecah 45 darjah celcius.
  2. Bahasa Arab Fushah merupakan satu ilmu bahasa yang amat penting bagi umat Islam terutamanya. Bila aku kat sana memang terasa kepentingannya. Masih aku igt perkenalan aku dgn Muhammad Ghazi dari Rusia, Muhammad dan Anas dr Syria, Bahasa Arab lah yang menghubungkan kami, lagipun kitab2 agama pun banyak dalam bahasa arab! Haih... nak kena tingkatkan ilmu bahasa arab ni!
  3. Anak-anak harus dididik dari kecil agar mencintai masjid, mencintai Al-Quran dan majlis2 ilmu. Seronok melihat kanak2 arab yang happy di Masjid Nabawi. Nampak jer kecik tapi Quran dah banyak juz hafal, yang dah hafiz pun ada, hadith pun diorg belajar gak, siap ada kumpulan2 kecil talaqi dgn syeikh masing2, mantap2. Tapi kalau nk didik anak, janganla bawa yang kecik sangat ke masjid sampai melalak mengganggu orang lain solat, awlawiyat kna jaga beb!
  4. Umat Islam hari ini harus berjaga-jaga dengan pengaruh Syiah yang menyesatkan. Moga Allah pelihara akidah kita semua. Geram gak aku tengak golongan Syiah dgn amalan diorang yang pelik2 di sana, moga Allah beri mereka hidayah agar kembali ke jalan yang benar.
  5. Kita selaku umat Islam kena cuba sebaik mungkin untuk ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalau bukan kita lagi yang nak amalkan dan pertahankan sunnah Baginda, saper lagi? Kita kna blajar mencontohi Baginda s.a.w., para Sahabat r.a., tabi'ien dan tabi' tabi'ien.
  6. Sesaper yang nak pergi Umrah, pastikan belajar betul2 kaedah Umrah yang betul dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Takder sampai sana jadi pak turut, cth: tgk org peluk cium Rukun Yamani kat Ka'bah, dia pun nak buat jugak, walhal Nabi s.a.w. sapu jer.
  7. Dalam beribadah, kita tetap kena jaga hati orang lain. Jangan jadi macam orang2 yang bila tawaf habis diredah orang lain, orang2 yang bergaduh2 nk cium Hajarul Aswad, orang2 yang tawaf dalam kumpulan yang besar sampai ganggu jemaah lain, pastu baca plak doa kuat2 mcm nak kasi satu Masjidil Haram dengar, jangan buat macam tu, Nabi Muhammad s.a.w. tak ajar buat mcm tu, Nabi suruh kita jaga hubungan baik sesama manusia!
  8. Mana pun kita pergi, kesabaran kena jaga. Sama la di Tanah Haram pun, lagi kena jaga, perangai manusia ni macam2.
  9. Kalau ziarah Tanah Haram, mulut kena jaga beb, silap cakap, ko sendiri yang kena, kalau cakap benda baik xper, kalau ckp benda x baik, haa, nasib kau la. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2 masa pergi aritu, kalau nak tau boleh tanya secara swasta, hehe. Luar Tanah Haram pun kna jaga mulut gak la sbb Rasulullah ajar kita cakap benda2 yang baik sahaja.
  10. Menundukkan pandangan adalah suatu cabaran buat kaum lelaki, tambah2 bila macam2 bangsa ada keliling. Bak kata seorang sahabat, "Masa tawaf tu, senang giler nak berubah niat, haih... (mengeluh dgn nada penuh keinsafan)."
  11. Bila ada solat jenazah, utamakan solat jenazah tu dulu daripada solat sunat, fadhilat dia lg besar. Ramai orang tak peduli bab ni, mmg rugi la terlepas solat jenazah, kat Masjid Nabawi dan Masjid Haram plak tu.
  12. Masih ramai wanita yang sama ada ambil mudah atau tak didik dgn betul tentang menjaga aurat. Kesian aku tgk, yang lagi teruk, nak pergi cium Hajarul Aswad sampai terbang tudung2 semua. Rasa mcm nk jerit, "Oi makcik! Tutup aurat tu wajib, cium Hajarul Aswad tu sunat, pikir la sket!" Tapi mereka mungkin tidak mengetahui, moga Allah beri hidayah. Lelaki kna take note hal ni, sbb yang nak kena soal kat Hari Kiamat nanti ialah suami2 dan abang2 org perempuan ni. Maka didiklah isteri, anak2 dan adik2 prmpn anda sebaiknya.
  13. Orang perempuan kalau pergi Masjid jangan la pakai pakaian2 yang striking, ingat kami orang laki ni Malaikat ker, isk3. Kalau pergi tempat lain pun tak boleh jugak, simpan jer pakai depan suami nnt, senang citer.
  14. Tempat yang suci tak menjajikan orang di dalamnya suci. Teringat kata Ust. Ariff yang aku jumpa kat sana yang lebih kurang, "Di sini (Madinah), kamu mungkin bisa menemukan orang yang sejahat Firaun, dan di Amerika, kamu mungkin bisa menemukan orang yang semulia wali Allah." Ianya adalah pilihan kita sendiri, sama ada nk jd org yg berjiwa suci atau berjiwa kotor.
  15. Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah, maka kita selaku manusia harus saling menghormati pendapat masing2, begitu juga dgn pendapat2 yang berbeza di kalangan Ulama'.
  16. Buat member2 yang belum sampai, haa, kumpul duit banyak2, pegi la sana. Serious best dan berbaloi!!! Aku dah pergi Umrah ni, rasa mcm x travel tempat lain dah pasni pun xper, no regret at all sbb dh sampai sana.
Rasanya, ni serba sedikit yang dapat aku kongsi dgn sahabat2 semua. Semoga bertemu pulak dalam penulisan yang lain. Manfaatkan Ramadhan sebaik mungkin, x perlu dah nk citer apa kelebihan2 Ramadhan sbb semua org pun serba tahu iAllah. Boleh baca website2 tokoh mcm Ust Zaharuddin dan Ust Hasrizal sbg panduan. Boleh jugak check out blog kawan2 aku kat blogrolls dlm blog aku nih. Semoga sama2 jadi insan soleh, wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Suatu Perjalanan Impian, Doakanku dan Rakan-rakanku

Wah, sudah lama blog ini tak dikemas kini. Maklumlah, kesibukan final exam sem 2 Tahun 3 telah membelenggu kehidupan aku sepanjang 2/3 Julai ini. Alhamdulillah, final exam dah selesai, takat tunggu result jer skrg ni, minta sahabat2 sama2 doakan moga-moga kami pelajar2 Univ. Alex lulus dgn cemerlang. Tambah2 bg 3rd year students mcm aku, thn ni adalah tahun Pre-Clinical yang terakhir, satu subjek pun xleh carry msuk Tahun 4, moga2 Allah mengurniakan kecemerlangan kepada kami semua, moga lulus dgn kaler terbang2.

Alahmdulillah, dgn rahmat dan kurnia Allah S.W.T., urusan Umrah aku dan beberapa member2 yg lain dah hampir selesai. Satu-satunya perkara yang terakhir yang tinggal ialah utk menunggu Ust. Najmuddin beli tiket flight kitorang. InsyaAllah, kalau tiada aral, bakau, mahupun balak yang melintang, kami akan terbang ke Jeddah pada 29/7/09. InsyaAllah kami akan stay di Madinah selama 8 hari diikuti dgn 14 hari di Makkah.

Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati ini bila diberi peluang untuk menunaikan Umrah. Pada masa yang sama, rasa takut dan gelisah juga melanda jiwa aku, rasa macam banyak sgt karat-karat jahiliah dalam jiwa ini. Rasa mcm diri ni tak layak nak jadi tetamu Allah di Tanah Haram. Ya Allah, kami memohon padamu, moga-moga Kau menerima kehadiran kami di Tanah Haram dgn limpah kurnia rahmat dan keberkatan. Jadikanlah kami hambamu yang beriman dan bertaqwa. Kekalkanlah kami atas jalanMu yang lurus.

Firman Allah S.W.T. di dalm Surah Al-Baqarah, ayat 196 yg bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..." Alhamdulillah, dgn izinnya aku akan menunaikan salah satu daripada tuntutan Rukun Islam yg kelima. Ada yang tanya, knp x buat haji terus? Ermm, InsyaAllah, kalau ada rezki akan ditunaikan bersama isteri yang tercinta di masa akan datang. Sementara single ni, buat Umrah dulu. Lagipun musim haji nanti xder cuti pun.

InsyaAllah kalau ada rakan-rakan nak kirim apa2 doa yang khusus, boleh bagitau, aku cuba tlg takat yang mampu insyaAllah. Nak kirim barang pun boleh, tapi x berani jamin, takut2 barang yang aku beli pun dh belambak, hehe. Dan paling penting, aku mintak sahabat-sahabat sekalian doakan aku dan member2 lain yang sama2 akan ke Tanah Haram dimudahkan semua urusan dan diterima Ibadah Umrah kami.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan tahniah kepada rakan2 yang baru dan akan mendirikan rumah-tangga dalam summer ini, maaf yang mana kenduri yg aku tak dapat hadir, insyaAllah doa aku mengiringi korang, moga kekal bahagia dan peroleh anak2 yg soleh/ah. Juga buat yang baru mendapat cahaya mata, tahniah jugak, iAllah entry khas utk korang semua selepas pulang dari Umrah nnt, belated sikit, hehe.

Akhir kalam, takat ni dulu, saper2 nak kirim doa, boleh tinggalkan komen, pastikan aku tau korang saper, kalau xtau, x dapat nk tolong. InsyaAllah blog ni takkan di-update sampai la balik dr umrah nnt. Tapi kalau tetiba aku nak update sebelum bertolak nanti, nasib la. Dan buat-rakan-rakan yang akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan balik, fi amanillah insyaAllah. Minta doakan semua urusan kami dipermudahkanNya, dan selamat pergi dan balik ke Tanah Suci Madinah dan Makkah.

Thanks for reading, have a nice day.

p/s: Flickr pun dh update, leh view kat sini.

Saturday, July 11, 2009

That man...

Got leg??? -EXPLORED-

This photo was taken on my way back to my house after shooting the flowers in the campus.

I spotted this guy, praying outside Mosque Ibrahim, then I realised that he got no legs.

One thing that I learned from him, he got no leg but still, he went to the mosque to perform his prayer, why should us, the muslims, who still have both of our leg feel lazy to go to the mosque??? Aren't we feel ashamed to this guy?

And another thing that i want to share with all of you my friends, whether you're a muslim or not, always appreciate and feel grateful for what you have because there are people who always wish to have what you have, but they can't.

Buat rakan-rakan ikhwah yang dikasihi, apa lagi yg harus kita tunggu? berapa lama lagi harus kita tangguhkan? Ayuh, tunjukkan rasa syukur kita dgn nikmat kaki yang Allah telah berikan dengan solat berjemaah di masjid. Kalau rasa berat, mulakan dgn 1-2 waktu sehari, contohnya Maghrib dan Isya' di masjid, perlahan2 tambah lagi. Terutamanya buat kawan2 yg di Mesir, Allah dah pun campakkan kita ke bumi yg banyak masjid, sgt rugilah diri kita andai malas utk solat berjemaah di masjid. Peringatan ini khususnya utk diri sendiri dan umumnya buat para pembaca. Buat yang akhawat, manfaatkan sebaiknya peluang utk berjamaah dgn housemate.

Akhir kalam, ayuh sama-sama2 tingkatkan amal dan iman, moga sama-sama jadi hamba yang bertaqwa. Buat warga medic Alex, all the best utk baki final exam yang tinggal! Syeddu hilkuu! Rabbuna yusahhil wa yunajjih iAllah.

Thank you for reading, have a nice day.

p/s: View the photo on large size here. For comments and faves on the photo, click the photo itself.

Wednesday, July 1, 2009

Kau Yang Satu

Alhamdulillah, just finished my Physiology paper, and thanks to Allah, the exam went pretty well. Ok, i'm not here to talk about the exam, i just want to share the song Kau Yang Satu by Ramli Sarip. Harapnya kita dapat mengambil manfaat dgn menghayati lirik lagu ni sbb lagu ni amat2 membuat jiwa aku tersentuh. Betapa seluruh hidup kita ini hanya bergantung pada Allah Yang Esa. Bila2 saja Dia boleh tarik nikmat yang ada pada kita, persoalannya, adakah kita ini hamba yang bersyukur???

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

Thursday, June 25, 2009

Need to slow down...the Battle is drawing near!

I'm not suppose to do this, my final exam is in 6 days! But still, i want to write, the irony is, my brain is clogged up with all this medical facts for the final exam, so i don't have much idea what to write! Hurm, lets see...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan midterm-I yang baek, moga2 leh cover midterm-II yg agak sengal.

I need to do reflections on myself, wasted too many times even in this study leave, semoga Allah membantu diri ini dan rakan2 seperjuangan dalam memanfaatkan 6 hari yang tinggal dgn sebaiknya and the days between all the papers.

Diri ini perlu muhasabah, terlalu banyak dosa dlm jiwa ini, mana mungkin aku berharap pada bantuanNya dalam exam yg mendatang sedangkan jiwa ini penuh dgn titik2 hitam, teringat pada status YM muaz dulu, "o Allah, please forgive me when i whine." Teringat juga pada hadith Nabi s.a.w. yg diulang-ulang setiap Jumaat di Gami' Ibrahim, "Setiap anak adam itu bersalah, dan sebaik-baik pesalah adalah yang bertaubat." Moga2 aku dan kamu yg membaca tergolong dlm golongan sebaik-baik pesalah ini dan semoga taubat kita diterimaNya.

Sebelum lupa, ucapan tahniah buat sahabat, akhi Zaizul atas akad nikahnya hari ini, semoga bahagia hingga ke akhir hayat, maaf x dapat hadir ke majlis akad nikahmu, iAllah di walimah nnt jika tiada balak melintang.

I need to slow down on everything for this one crucial month except study i guess, which need to be sped up to the limit, may even need to break the limit.
Need to slow down on blogging.
Need to slow down on facebook.
Need to slow down on flickr.
Need to slow down on animes, movies, series.
Simply put, need to slow down on laptop and anything else that is unnecessary, haha!

I think i better end it here, need to get some breakfast and drown myself with all the medical textbooks. Buat yang tidak mengetahui, insyaAllah exam final sem aku 1-20/7/09. Jadi mohon jasa baik anda mendokan kejayaan aku dan sahabat2 seperjuangan dan semoga dipermudahkan semua urusan serta diperkuatkan ingatan. Especially for 3rd year students which wouldn't be allowed to carry any subject into the clinical years.

To all my fellow colleagues in Alexandria, semoga Allah mengurniakan kecemerlangan kepada kita semua serta memudahkan setiap urusan exam kali ini, mintak maaf kalau ada salah-silap. Lets strive for infinite excellence, do our best and never give up!
"Allahummaj'alna minan-najihiin, wal-faiziin, wal-mutafawwiqiin, was-solihiin, wal-muttaqiin, wal-muhsiniin, wal-mujahidiina fii sabiilik, Allahumma najjihna fi kulli imtihaaninaa fid-dunya wal-akhirah, Rabbanaa, yassir wala tu'assir." ameen ya Rabb!

Aku akhiri entry ni dgn nasyid Air Mata Keinsafan by The Zikr, spend some times listening to it sambil hayati liriknya yg amat menyentuh. Lebih baik insaf skrg daripada insaf bila nyawa dah nk kna tarik, pintu taubat dan hidayah Allah S.W.T. sentiasa terbuka luas. Paling penting, jangan sama sekali menangguhkan taubatmu dan jgn sama sekali berputus asa dgn keampunanNya.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

p/s: Aku tak sure sama ada blog ni akan di-update atau tidak sepanjang final exam ini, just wait and see.

Saturday, June 20, 2009

Buat Bapak Tercinta

An update finally after a while. I was addicted to Flickr I must say, better slow down since the final exam is really around the corner!

Ok, sebenarnya nk menulis entry yang lebih panjang, tetapi hajatku terhalang sbb esok exam practical patho. Mungkin ada yang kata, dh tau exam, tulis apa lagi? I don't care, it's Father's Day after all! Malas nk tunggu esok after exam. I miss my dad and i want to dedicate this entry to him.

I would like to dedicate this song to my beloved father with the wish, Happy Father's Day! Thank you so much for everything you have done for me, for everything that you had and will teach me. You're the best dad in the world! Loving and missing you everyday!



ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


Buat Bapak yang tercinta, jazakallahu khairan katheera for being such a wonderful Father to all of us, for being a wonderful Husband to Ibu, and for being a great King of our family! Terima kasih juga kerana sentiasa mengingatkan Abdullah agar istiqamah atas jalan dakwah dan tarbiyah. Jutaan kemaafan dipohon atas segala salah silap yang Abdullah pernah lakukan terhadap Bapak, dulu, kini dan akan datang. Semoga Bapak sentiasa di bawah jagaan Allah S.W.T. dan dikurniakan kesihatan yang baik. I love you Bapak, and I miss you Bapak!

To all my fellow friends, sentiasalah hargai bapa (and ur mom of course) anda dan sentiasalah berusaha ke arah menjadi anak yang soleh insyaAllah.

With lots of love,
Your eldest son,
Abdullah.

p/s: Mintak ibu & bapak doakan kecemerlangan Abdullah dalam final exam yang mendatang, jzkk ^_^